Business Idea Competition - Voice Signal Smartphone Application (OKU)
Section 1.0 EXECUTIVE SUMMARY
RINGKASAN EKSEKUTIF
Tujuan kertas kerja ini
disediakan adalah sebagai dokumen rujukan dan bimbingan bagi permohonan
pembiayaan modal kerja bagi Projek Pembangunan Mobile Apps Voice Signal
(VoiceSig) oleh syarikat kami iaitu Diaperscare Sdn Bhd.
Pembiayaan perniagaan yang
diperlukan adalah sebanyak RM 500, 000.00 bagi membiayai kos modal kerja bagi
pembangunan sistem, perkakasan, perisian dan juga expertise serta kos-kos lain
yang terlibat.
Diaperscare Sdn Bhd ditubuhkan
pada 19hb Feb 2015. Syarikat ini pada awalnya terlibat dalam bidang penyedia
perkhidmatan perunding . Kini kami telah meluaskan lagi skop perniagaan kami di
dalam bidang pembangunan sistem aplikasi penyelesaian perkhidmatan
pelanggaan. Syarikat kami diterajui oleh
5 individu yang mempunyai latarbelakang bidang pengurusan perkhidmatan dan
teknologi maklumat.
Idea timbulnya untuk membuat
perisian VoiceSig yang berasaskan teknologi aplikasi mobile (Mobile
Applications) adalah disebabkan oleh faktor gaya hidup dan trend terkini
masyarakat umum seluruh dunia dan juga pembangunan arus teknologi mudah alih (mobile) yang semakin canggih dan
pintar.
Aplikasi ini bertujuan untuk
membantu golongan OKU kursusnya yang bisu untuk berinteraksi dengan mudah
melalui aplikasi ini. Aplikasi ini membolehkan mereka berinteraksi dengan orang
biasa menggunakan teknik motion gesture yang disetkan dia dalam telefon pintar
(smartphone). Dengan menaip huruf atau membuat pergerakan bahasa isyarat yang
telah disetkan dia dalam aplikasi tersebut, peti suara akan berbunyi mengikut
pergerakan yang telah dibuat. Ini memudahkan orang ramai yang tidak memahami
dan mempelajari bahasa isyarat dapat berkomunikasi dengan golongan istimewa ini
tanpa ada sekatan.
Seperti yang telah dinyatakan
VoiceSig berupaya menarik minat golongan orang kurang upaya untuk menggunakan
produk ini. Dengan pembiayaan ini dapat memastikan terknologi Voice Signal ini
dapat membantu OKU menjalani kehidupan yang lebih sempurna. Diaperscare Sdn
Bhd yakin dapat menunaikan pembayaran
balik pembiayaan ini kerana pertumbuhan teknologi mobile semasa yang begitu
baik dan pakej serta skim yang ditawarkan adalah berpatutan selain tiada
pesaingan di dalam perkhidmatan penyelesaian seperti ini di pasaran sekarang.
Apakah Objektif kami?
Kami sangat optimis untuk menjadi
pembekal Korporat bagi aplikasi penyelesaian Pengurusan perkhidmatan pelanggan
di Malaysia. Selain itu kami akan membekalkan perisian ini kepada 90% pelanggan
kami iaitu golongan orang kurang upaya kategori bisu di seluruh Malaysia dan
seterusnya ke seluruh dunia.
Misi
Misi kami adalah menyediakan satu
platform penyelesaian masalah komunikasi antara manusia tanpa sempadan dengan
melangkah ke hadapan sebagai satu agensi yang menyediakan perisian perkhidmatan
yang efisen.
Matlamat
Matlamat kami adalah untuk
membantu golongan orang kurang upaya supaya dapat berinterasi seperti orang
biasa. Ia merupakan satu elemen kritikal berdasarkan pengalaman pelanggan.
Selain itu, disamping memenuhi keperluan tesebut, harapan kami adalah agar
pengguna mendapat pulangan yang lebih baik dari masa ke semasa.
Cadangan
Sistem ini akan digunakan oleh
golongan orang kurang upaya OKU yang mengalami masalah bisu. Ia juga dapat
memberikan kemudahan kepada kedua-dua pihak iaitu golongan OKU dan orang
normal.
Section 2.0 PRODUCT
AND SERVICE DESCRIPTION
KETERANGAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN
Pada keseluruhan skop sistem ini merangkumi modul :
1. Registration/Installation
Online Voice Signal
2. Search Signal
• Typing
• Motion Gesture
3. Voice Signal
Alert Module
• Talk - BM
• Talk - BI
4. Voice Signal
Record Voices Module
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Di antara perkhidmatan yang disediakan dan dibangunkan
dengan teknologi mobile apps kepada golongan OKU (Pengguna/Client) oleh
VoiceSig adalah seperti berikut:
Register signal info
Search signal info
Manage voice service alert
Manage promotion/Tips/New Alert
KELEBIHAN PRODUK :
Apa yang menarik dengan teknologi ini adalah golongan OKU
boleh memasang (install) perisian mobile apps di dalam smartphone yang sentiasa
berada di sisi mereka. Pelanggan juga boleh mengakses bagi tujuan mengulang
suara pada bila-bila masa. Selain itu, terdapat pakej-pakej perisian yang
berbeza bergantung kepada keperluan pengguna. (Akan diterangkan lagi di dalam
strategi pemasaran).
KEUNIKAN PRODUK :
Aplikasi boleh dicapai secara percuma menggunakan smartphone
secara dua hala atas talian. Berdasarkan kajian, tiada produk perisian yang
menggunakan Teknologi ini wujud di dalam pasaran perkhidmatan servis pelanggan.
Tawaran yang menarik dan istimewa iaitu 3 skim milikan kepada pengguna.
VoiceSig terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Web Application/Client Part dan Mobile Apps/Customer Part yang mana
perisian mobile apps mempunyai pelbagai fungsi dan unik.
Section 3.0
TECHNOLOGY DESCRIPTION
PENERANGAN TEKNOLOGI
Teknologi mobile Apps kini semakin mendapat perhatian para
pelanggan terutama syarikat-syarikat perisian aplikasi yang menawarkan
perkhidmatan pelanggan maupun pengeluaran produk. Teknologi ini menjadi satu
trend kepada para pengguna smartphone yang mahukan maklumat diakses dengan
cepat, mudah dan murah. Selain harga telefon pintar yang berpatutan yang mampu
dimiliki oleh semua lapisan masyarakat dengan pelbagai jenis pelan data yang ditawarkan oleh syarikat Telco tawaran,
pelanggan telah memilih teknologi ini sebagai medium untuk mendapatkan sumber
info.
Di antara ciri-ciri utama dan fungsi Mobile OS. (Rajah 1)
Section 4.0 MARKETS
AND COMPETITION
PASARAN DAN PERSAINGAN
ANALISA PASARAN:
Menurut Ketua Jabatan Kandungan
dan Aplikasi SKMM, Laurel Tan Bee Hiong,berdasarkan laporan e-Marketer, jumlah
pengguna telefon pintar di dunia padatahun 2014 berjumlah 1.63 bilion. "Di
Malaysia, menurut Kajian Pengguna Telefon Bimbit SKMM 2012, penembusantelefon
pintar pada 2013 dijangka 46 peratus.Ini menunjukkan betapa pembangunan aplikasi
mudah alih dinegara ini mahupun di peringkat global mempunyai ruang lingkup
yang amat luas untuk diterokai.
Maklumat
Hasil Kajian Penggunaan Applikasi Mudah
Alih di Malaysia

Statistik oleh Orang Kurang Upaya di Dunia
Maklumat Hasil Kajian Langanan rangkaian
Malah dari segi populariti penggunaan perkhidmatan rangkaian
komunikasi yang dikeluarkan oleh Malaysia Communications and Multimedia
Commission (MCMC), lebih 30 juta perkhidmatan mobile dilanggan daripada 28 juta
penduduk di Malaysia. Jumlah ini menunjukkan bahawa betapa besar potensi untuk
kami mengeluarkan produk yang sememangnya menjadi pilihan para pelanggan pada
masa kini dan juga di masa hadapan.
Section 5.0 BUSINESS
MODEL
MODEL PERNIAGAAN
CETUSAN IDEA DARIPADA PERMASALAHAN
Sebelum ini masyarakat kursusnya orang yang normal sukar
untuk berkomunikasi dengan golongan istimewa ini. Walaupun telah wujud
penggunaan bahasa isyarat sejak sekian lama, ianya tidak dapat membantu
sekiranya seseorang itu tidak memahami bahasa tersebut. Golongan OKU juga
menghadapi masalah untuk mendapat tempat dia sektor pekerjaan kerana masalah
komunikasi antara rakan sekerja tidak dapat dibuat dengan efisyen. Mereka hanya
terhad berkerja dalam sektor perkhidmatan sahaja.
PELUANG PASARAN SEMASA
Berdasarkan kajian dan analisa yang telah dijalankan tiada
lagi sistem kominikasi dua hala yang dibangunkan bersama dengan teknologi
aplikasi mudah alih atau mobile.Kebanyakan produk hanya menyediakan peranti
yang terhad kepada golongan OKU untuk menjalani hidup. Mereka jarang didedahkan
dengan aplikasi atau penggunaan teknologi dalam untuk komunikasi dengan orang
yang normal. Dengan VoiceSig mereka boleh berinteraksi dengan mudah dan cepat
manakala golongan orang normal pula dapat memahami apa yang diucapkan.
Pelanggan kini semakin ghairah untuk mendapatkan maklumat
secara online. Cara yang paling cepat dan mudah adalah maklumat yang boleh
diperolehi daripada telefon bimbit mereka. Pelanggan boleh memasang (install)
perisian ini ke dalam smart phone mereka secara percuma. Pelangggan juga boleh
di aksesnya pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Pakej perisian yang akan
dipasarkan adalah berbeza bergantung kepada keperluan pengguna. (Akan
diterangkan lagi di dalam strategi pemasaran)
Dengan teknologi mobile apps ini dijangka dapat meningkatkan
lagi silaturahim antara golongan kurang upaya dengan orang yang normal. Untuk
mendapatkan pulangan pelaburan (Return Of Invesment) sasaran peningkatan jumlah
pelanggan boleh ditambah dengan adanya sistem VoiceSig digunakan secara meluas.
Kerjasama dengan rakankongsi yang berpengalaman di dalam
bidang Mobile Apps - Clarion Technologies akan meningkatkan lagi peluang untuk
berjaya berdasarkan mobile apps best practices development termasuk di dalam
kajian pemasaran, model pendapatan, mobile OS, model pembangunan Mobile Apps dan seterusnya strategi pemasaran.
STRATEGI PASARAN
1. Perkhidmatan Awam/Swasta
- Sasaran
utama adalah pekerja perkhidmatan awam dan pekerja swasta
2. Sekolah dan Institut Pengajian Tinggi
- Pelajar-pelajar
yang sedang belajar
STRATEGI JUALAN
Pihak kami menawarkan 3 jenis model perniagaan seperti
berikut:-
A. SKIM SEWA
Pelaburan Permulaan:
Sasaran pelaburan permulaan adalah pada kadar sifar.
Keperluan perkakasan server dan sistem akan disediakan dan diurus-tadbir
sepenuhnya oleh pihak Diaperscare Sdn Bhd (tidak termasuk kos akses internet).
Pengguna perlu membayar sebanyak RM50,00.00 yuran perkhidmatan bulanan kepada
kami yang merangkumi kos:
1. Yuran perkhidmatan bulanan
2. Kos penyelenggaraan perkakasan
Kos pemasangan (installation) akan dikenakan sekali sahaja
bergantung dengan pakej perisian.
B. SKIM MILIKAN B
Pelaburan Permulaan:
Sasaran pelaburan permulaan adalah pada kadar yang sangat
minima. Keperluan pelaburan permulaan hanyalah RM100,00.00 – RM 150,000.00
melibatkan pembekalan perisian dan konfigurasi server sistem sedia ada termasuk
kos integrasi (tidak termasuk kos akses internet).
Di dalam skim ini, pihak kami akan bertanggungjawab ke atas
perkara-perkara berikut:-
1. Pengurusan operasi sistem VoiceSig (aplikasi sistem).
2. Bantuan khidmat teknikal melalui Pusat Khidmat Pelanggan.
C. SKIM MILIKAN C
Pelaburan Permulaan:
Keperluan pelaburan permulaan adalah RM 250,000.00
melibatkan pembekalan perisian dan perkakasan serta konfigurasi server VoiceSig (Tidak termasuk kos akses internet).
Di dalam skim ini, pihak kami akan bertanggungjawab ke atas
perkara-perkara berikut:-
1. Pengurusan operasi sistem VoiceSig (aplikasi sistem).
2. Bantuan khidmat teknikal melalui Pusat Khidmat Pelanggan.
PROMOSI
Pihak kami akan mempromosikan aplikasi mudah alih ini
melalui kaedah pengiklanan di laman-laman sesawang, di Facebook dan juga di
Google Apps Store.
RUMUSAN
Berdasarkan analisa (SWOT) yang telah dijalankan, kami telah
mengenalpasti kekuatan, antara cabaran dan halangan yang perlu dihadapi. Di antara rumusan diperolehi adalah:
1. Kekuatan
a. Diaperscare Sdn Bhd hanya memfokuskan kepada penyediaan
perkhidmatan aplikasi mudah alih terutama di Malaysia.
b. Aplikasi VoiceSig memberi kemudahan kepada pelanggan
pengguna kami secara dua hala dan real time.
c. Tawaran harga adalah berpatutan dengan pelbagai pilihan
pakej dan skim yang dicadangkan kepada pengguna.
d. VoiceSig didatangkan dalam pakej Web Application dan
Mobile Application
e. VoiceSig dibangunkan dengan ciri-ciri interoperability
iaitu mudah diintegrasikan dengan sistem yang lain.
2. Kelemahan
a. Hanya pelanggan yang mempunyai smartphone sahaja boleh
mengakses sistem VoiceSig Mobile Apps.
b. Penggunaan data yang mungkin banyak.
3. Peluang
a. Tiada lagi sistem
komunikasi/percakapan dengan cara menaip di telefon yang dibangunkan bersama
dengan teknologi aplikasi mudah alih atau mobile.
b. CS2MS mampu meningkatkan pestasi dalam bidang pekerjaan
dan seterusnya boleh menyumbangkan pulangan pelaburan yang baik kepada syarikat
dan individu.
c. Ciri-ciri expandability dan maintability pada sistem
membolehkan ia diubah mengikut keperluan semasa dan tidak terhad kepada
komunikasi sahaja.
4. Cabaran dan Halangan
a. Kesediaan golongan orang kurang upaya untuk menerima
teknologi baru yang akan diintegrasikan dengan sistem sedia ada.
b. Kekangan kepada individu yang kekurangan fasiliti
rangkaian dan kekurangan bajet.
0 comments:
Post a Comment