Assignment Group


Assignment - 1  

 BENTUK-BENTUK PERNIAGAAN Jenis-jenis unit perniagaan dapat dibahagikan kepada :- Ditubuhkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (pindaan 1978).Ø  Perniagaan Perseorangan (milik tunggal)
 Ø  Perkongsian
 Ø  perkongsian biasa
 Ø  perkongsian berhad
 Ditubuhkan di bawah Akta Syarikta 1965Ø  Syarikat Berhad menurut saham
 Ø  Syarikat Sendirian Berhad
 Ø  Syarikat Awam
 Ø  Syarikat Asing
 Ø  Syarikat Berhad menurut jaminan
 Ø  Syarikat Tidak Berhad
 Ditubuhkan di bawah Akta Parlimen atau Enakmen Kerajaan NegeriØ  Koperasi
 Ø  Perbadanan Awam / Nasional
 
 Perniagaan Perseorangan Ciri-ciri Perniagaan Perseorangan
 ü  Penubuhan dan Milikan
 ü  dimiliki oleh seorang individu.
ü  mudah ditubuhkan dan tidak melibatkan peraturan yang banyak.
ü  didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan mendapatkan lesen perniagaan dari pihak berkuasa tempatan.
ü  modal bermula dari simpanan atau peminjaman oleh pemiliknya sahaja dan biasanya kecil atau terhad.
 ü  Kawalan dan Pengurusan
 ü  diuruskan dan dikawal oleh pemiliknya sendiri.
ü  bebas membuat dasar dan keputusan
ü  kejayaan perniagaan bergantung kepada dayausaha dan kebolehan pemilik sendiri dari segi mendapatkan modal dan menjalankan aktiviti pengurusan       perniagaan.
 ü  Liabiliti
 ü  liabiliti yang tidak terhad (kegagalan perniagaan seperti bankrap dan sebagainya akan melibatkan harta peribadi).
ü  bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua risiko perniagaannya.
ü  secara undang-undang tiada perbezaan antara harta perniagaan dan harta peribadi.
 ü  Pembahagian Untung
segala keuntungan atau kerugian akan ditanggung sendiri oleh pemilik. ü  Bebanan Cukai
hanya dikenakan cukai pendapatan individu.   Kebaikan perniagaan perseorangan ialah :- ü  Modal yang kecil dan mudah dibentuk.
ü  Mudah dikendalikan kerana saiz yang kecil dan keputusan berada dalam tangan sendiri.
ü  Mempunyai dorongan untuk berjaya kerana segala keuntungan dan keputusan adalah di tangan sendiri.
ü  Mempunyai hubungan rapat dengan pelanggan dari segi layanan dan perkhidmatan selepas jualan.
ü  Kedudukan kewangan boleh dirahsiakan.
ü  Menjimatkan penggunaan buruh kerana kerja-kerja boleh dijalankan oleh ahli keluarga terdekat sebagai pembantu dalam perniagaan.
  Kelemahan perniagaan perseorangan ialah :- ü  Modal yang kecil menghalang perkembangan
ü  Liabiliti yang tidak terhad
ü  Tiada pembahagian kerja dan pengkhususan
ü  Kejayaan perniagaan adalah terlalu bergantung kepada kebolehan pemilik.
ü  Perniagaan tidak berterusan kerana usia perniagaan bergantung atas usia pemilik.
    Perniagaan Perkongsian
ü  Ciri-ciri perniagaan perkongsian ialah :-
Milikanü  perkongsian ditakrifkan sebagai perhubungan antara dua atau lebih orang yang menjalankan perniagaan bersama untuk memperolehi keuntungan.
ü  bilangan rakan kongsi adalah dalam lingkungan 2 hingga 20 orang (umumnya).
ü  bagi perkongsian bank atau broker saham, bilangan rakan kongsi tidak melebihi 10 orang.
ü  bagi perkongsian yang melibatkan sesuatu profession seperti peguam dan akauntan, rakan kongsi adalah tidak melebihi 50 orang.
ü  perjalanan sesebuah perkongsian adalah ditetapkan di bawah Akta Perkongsian 1961.
ü  Perniagaan perkongsian juga tertakluk di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
 Penubuhanü  boleh ditubuhkan secara lisan atau tulisan.
ü  biasanya membentuk satu persetujuan bersama dalam bentuk surat ikatan perkongsian yang dipanggil perjanjian perkongsian bagi mengelakkan perselisihan.
ü  kandungan perjanjian termasuklah nama firma, nama kesemua rakan kongsi, jenis dan tempat perniagaan, nisbah pembahagian keuntungan/kerugian, peruntukan hak dan tanggungjawab rakan kongsi, cara menjalankan perniagaan dan bagaimana perkongsian akan ditamatkan.
ü  satu perkongsian boleh wujud tanpa perjanjian tetapi ianya adalah tertakluk kepada peruntukan di dalam Akta Perkongsian 1961.
ü  Akta Perkongsian 1961 mengandungi perkara-perkara berikut :-
-       untung rugi dibahagikan sama rata.
-       tiada bunga bagi modal yang dilaburkan.
-       tiada gaji untuk rakan-rakan kongsi.
 pinjaman oleh rakan-rakan kongsi kepada perniagaan akan diberikan bunga 5% setahun.    Jenis-Jenis Perniagaan PerkongsianTerdapat dua jenis perkongsian :-ü  perkongsian biasa
ü  perkongsian berhad
ü   Dalam perkongsian biasa, kesemua rakan kongsi adalah rakan kongsi biasa di mana mempunyai liabiliti yang tidak terhad, kuasa dan tanggungjawab yang sama serta berhak menguruskan perniagaan.
Dalam perkongsian berhad, rakan-rakan kongsi adalah mempunyai liabiliti yang terhad kepada jumlah modal yang dilaburkan dan tidak mempunyai kuasa dalam pengurusan perniagaan. Dalam perkongsian ini, mesti ada sekurang-kurangnya seorang rakan kongsi biasa yang menanggung semua liabiliti perniagaan dan bertanggungjawab terhadap pengurusan perniagaan.
Jenis-Jenis Rakan KongsiRakan Kongsi Aktifü  mengambil bahagian yang aktif dalam pengurusan dan biasanya dibayar gaji.
Rakan Kongsi Lelapü  hanya menyumbangkan modal dan tidak mengambil bahagian di dalam pengurusan perniagaan.
Rakan Kongsi Nominal (Namaan)ü  membenarkan namanya digunakan di dalam perniagaan sebagai rakan kongsi tanpa melaburkan modal. Ia tidak menerima pembahagian keuntungan tetapi liabilitinya adalah tidak terhad (kerana namanya didaftarkan sebagai rakan kongsi).
Rakan Kongsi Berhadü  mempunyai liabiliti terhad kepada jumlah modal yang dilaburkan sahaja dan tidak ada kuasa pengurusan tetapi boleh memeriksa buku-buku rekod dan akaun perniagaan.
   Sebab-sebab Perniagaan Perkongsian DibubarkanSesuatu perkongsian boleh dibubarkan kerana salah satu sebab yang berikut :ü  Kematian, kebankrapan atau ketidaksiuman salah seorang pekongsi.
 ü  Tercapainya tujuan penubuhan perkongsian itu.
 ü  Berakhirnya tempoh masa perkongsian.
 ü  Tercetus peperangan.
 ü  Sebagai akibat tindakan guaman atau dengan perintah mahkamah untuk membubarkannya.
Kebaikan Perniagaan Perkongsian ialah :-ü  Lebih modal dapat dikumpulkan.
 ü  Dapat menggunakan kepakaran dari rakan-rakan kongsi yang berkemungkinan mempunyai kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang berlainan.
 ü  Pengkhususan kerja dapat dilakukan dengan adanya pelbagai kemahiran dan kepakaran tersendiri dari rakan-rakan kongsi.
 ü  Risiko perniagaan dapat disebarkan (dikongsi) antara rakan-rakan kongsi.
 ü  Persaingan dapat dikurangkan melalui perkongsian, dengan itu perbelanjaan untuk persaingan dapat diagihkan bagi meningkatkan jualan dan memperkembangkan perniagaan.
 ü  Perkongsian masih lagi mudah untuk ditubuhkan berbanding penubuhan syarikat atau koperasi. Ianya hanya perlu didaftarkan dengan Pendaftar Perniagaan dan mendapatkan lesen perniagaan dari pihak berkuasa tempatan.
Kelemahan Perniagaan Perkongsian:ü  Berlaku salah faham atau perselisihan antara rakan kongsi dan ini akan menjejaskan rancangan dan perjalanan perniagaan serta boleh membawa kepada pembubaran perkongsian.
 ü  Liabiliti yang biasanya tidak terhad akan menyebabkan individu / rakan kongsi kehilangan harta persendirian jika perniagaan menghadapi masalah dalam pembayaran balik hutang piutangnya.
 ü  Kesilapan dari seorang rakan kongsi akan mengikat rakan-rakan kongsi yang lain. Ini kerana setiap rakan kongsi mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap perkongsiannya. Segala kerugian akan ditanggung bersama walaupun diakibatkan oleh hanya seorang rakan kongsi.
 ü  Perniagaan perkongsian adalah tidak berkekalan. Jika seorang rakan kongsi menjadi tidak siuman, bankrap atau mati, perkongsian mungkin terpaksa dibubarkan.
 ü  Pengumpulan modal adalah masih terhad dalam lingkungan maksimanya 20 orang sahaja. Maka perkembangan perniagaan adalah bergantung kepada sumber modal yang terhad ini.
  SyarikatSyarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 adalah merupakan badan korporat yang mempunyai entiti tersendiri di sisi undang-undang.Ciri-ciri syarikat ialah :-ü  Hak dan Tanggungjawab
ü  mempunyai hak dan tanggungjawab tersendiri (berasingan dari pemiliknya/ pemegang saham).
ü  boleh memiliki harta sendiri
ü  boleh mendakwa dan didakwa
ü  bertindak (pengurusan) menerusi pengurus-pengurus yang digajikan oleh syarikat.
Jangka Hayatü  tidak bergantung kepada hayat pemilik atau pemegang sahamnya.
ü  mempunyai jangka hayat yang berterusan selagi tidak dibubarkan oleh pemilik/ pemegang saham atau oleh undang-undang.
Tanggunganü  tanggungan oleh pemilik adalah terhad kepada jumlah sumbangan saham.
  Ahli-ahliü  mestilah sekurang-kurangnya mempunyai dua orang ahli yang mempunyai alamat bermastautin di Malaysia.
 Jenis-Jenis Syarikat Syarikat Berhad Menurut Sahamü  tanggungan ahli-ahli terhad mengikut jumlah yang belum dibayar ke atas saham yang dimilikinya.
Syarikat Berhad Menurut Jaminanü  tanggungan ahli-ahli adalah terhad mengikut jumlah yang dipersetujui oleh ahli-ahli di dalam Tataujud dan Tataurus Syarikat.
Syarikat Tidak Berhad (tidak terhad; contoh broker saham dan arkitek) Kategori Syarikat Berhad Menurut SahamSyarikat bentuk ini mempunyai modal saham dan ianya boleh dikategorikan kepada :-·         Syarikat Sendirian Berhad (Private Company)
·         Syarikat Awam (Public Company) - tidak dibincangkan
·         Syarikat Asing (Foreign Company) - tidak dibincangkan
 Jenis-Jenis Syarikat·         Syarikat Sendirian Berhad
 
  Ciri-ciri syarikat sendirian berhad ialah :-ü  Bilangan ahli/pemegang saham mestilah sekurang-kurangnya 2 orang tetapi tidak boleh melebihi 50 orang pada satu-satu masa.
 ü  Ada kuasa tertentu untuk memindahkan milik saham ahli-ahli.
 ü  Pelawaan pembelian saham atau debentur tidak boleh dilakukan kepada orang ramai.
 ü  Tidak boleh mempelawa orang ramai untuk mendepositkan wang.
 ü  Halangan-halangan ini adalah telah diperuntukan di bawah Seksyen 15(1) Akta Syarikat 1965 dan mesti dinyatakan di dalam Tataurus Syarikat.
 ü  Mesti menggunakan perkataan "Sdn. Bhd." atau "Sendirian Berhad" di penghujung nama perniagaanya.
  ü  Kehendak-kehendak Wajib bagi syarikat sendirian berhad ialah :-
-       Tataujud Syarikat (Memorandum of Association)
-       Tataurusan Syarikat (Articles of Association)
-       Modal Sahamyang dibenarkanyang berbayarAhli/Pemegang –
-       SahamLembaga
-        Pengarah
-       SetiausahaJuruaudit
-       Pejabat yang didaftarkan
-       Materi Syarikat
-       Power of Attorney (Surat Kuasa)
 
 Kelebihan syarikat sendirian berhad ialah :-ü  Mudah mendapatkan modal melalui penukaran hak milik saham.
 ü  Pemegang-pemegang saham dilindungi oleh perundangan.
 ü  Pemilik saham tidak dibebankan dengan tanggungjawab pengurusan perniagaan.
 ü  Tanggungjawab pemilik/pemegang saham adalah terhad kepada sumbangan modal sahaja.
ü  Hayat syarikat terjamin kerana syarikat tidak perlu dibubarkan oleh sebab kematian atau penarikan diri seorang pemegang saham
 ü  Potensi mengembangkan perniagaan adalah luas.
 ü  Syarikat adalah satu entiti yang berasingan dan oleh itu ia boleh didakwa dan mendakwa di atas namanya sendiri.
 Kelemahan syarikat sendirian berhad ialah :ü  Perjalanan operasi adalah dalam kawalan pendaftar syarikat.
 ü  Saham syarikat tidak boleh dijual beli melalui pasaran saham.
 ü  Berbagai jenis cukai terpaksa dibayar
 ü  Laporan kewangan perlu diaudit oleh juruaudit yang bertauliah dan dokumen-dokumen mestilah lengkap dan dikemaskinikan.
 
 PENDAFTARAN PERNIAGAAN  Pendaftaran Perniagaan Perseorangan Dan Perkongsianü  Undang-undang kerajaan Malaysia, memerlukan usahawan mendaftar perniagaan mereka mengikut Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 1978) bagi perniagaan perseorangan dan perniagaan berkongsi, kecuali
 ü  Penjaja kecil-kecilan seperti pasar malam, atau perniagaan bersabit dengan pelancongan atau perniagaan perkhidmatan yang diberi kuasa pada setengah-setengah agensi kerajaan.
 ü  Syarikat yang telah berdaftar dengan pendaftaran syarikat.
ü  Perniagaan yang berbentuk perkhidmatan profesional seperti Jurutera, Arkitek, Peguam dan Akauntan.
 ü  Usahawan perlu memohon untuk pendaftaran perniagaan perseorangan dengan mengisi borang dan menghantarkannya pada Pejabat Pendaftaran Perniagaan yang berdekatan dengan tempat atau alamat melakukan perniagaan. Borang-borang yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftaran.
 PENDAFTARAN PERNIAGAAN PERSEORANGAN DAN PERKONGSIAN Pendaftaran Syarikat Sendirian Berhad
ü  Penubuhan syarikat sendirian berhad adalah mengikut akta syarikat 1965. Pertama, memohon cadangan nama syarikat untuk diluluskan oleh pendaftar syarikat. Permohonan ini memerlukan bayaran RM10 (Borang 13A) bagi memproses nama yang dikehendaki. Apabila nama yang dicadangkan telah diluluskan oleh Pendaftar Syarikat, satu lagi permohonan perlu dibuat dengan mengisi borang untuk menentukan bahawa nama itu tidak boleh digunakan oleh orang lain. Simpanan nama hanya dalam tempoh dua bulan.
 ü  Selain dari tindakan pertama di atas, syarat-syarat lain juga diperlukan untuk pemerosesan penubuhan syarikat. Semua dokumen atau borang mesti diserahkan kepada Pendaftar Syarikat, yang kebiasaannya berada di semua ibu negeri. Dokumen yang dimaksudkan adalah seperti berikut :
 Memorandum dan Undang-Undang Persatuan.ü  Dokumen yang menjelaskan nama, tarikh pendaftaran, jumlah saham, modal yang dibenarkan . Cara pentadbiran hal ehwal syarikat , jenis perniagaan dan butir lain berkenaan syarikat.
            Borang 6 - Status Pematuhan Syarat            Borang 7 - Sijil Pengenalan Pengarah            Borang 45 - Persetujuan status menjadi Pengarahü  Selepas mendapat kelulusan iaitu sijil penubuhan dari Jabatan Pendaftaran Syarikat, borang-borang dan maklumat-maklumat berikut perlu diserahkan untuk pemerosesan lanjutan dalam tempoh satu bulan.
            Borang 49 - Butir-butir pengarah, pengurus dan setiausaha.            Borang 44 - Butir-butir pejabat berdaftar syarikat. Borang 24 - Penyata Pengeluaran Saham.ü  Sebagaimana yang telah dibincangkan, bahawa penubuhan syarikat sendirian berhad agak rumit dan memerlukan syarat-syarat yang banyak. Oleh itu, bagi sesiapa yang kurang pengetahuan dan kurang pengalaman dalam perniagaan, lebih memadai dengan perniagaan perseorangan atau berkongsi, tetapi, jika sanggup mengeluarkan wang sedikit, maka boleh mereka menggunakan perkhidmatan dari Setiausaha Syarikat untuk penubuhan yang lebih mudah. 

Assignment - Richest People 2015 
  
 
 



Assignment - Richest in Malaysia 2015 




Assignment - Richest Women 2015 








Assignment - ShowCase Produk SME 



Assignment - Innovative Product 


Assignment - Pembiayaan - Amanah Ikhtiar Malaysia 



Organisasi:          Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)

Alamat:                 Menara Amanah Ikhtiar,
                                No.3, Jalan Cempaka SD12/1A,
                                Bandar Sri Damansara PJU9,
                                52200 Kuala Lumpur.
Telefon : 03 6274 8810
                                Faks : 03 6274 8809
                                E-mel : ikhtiar@aim.gov.my

                                Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ialah sebuah badan Amanah Persendirian yang ditubuhkan pada 17 September 1987 melalui Suratcara Perjanjian AIM dan didaftarkan di bawah Akta Amanah (Pemerbadanan) 1952 (pindaan 1981) (Akta 258). Penubuhan AIM adalah rentetan daripada kejayaan Projek Ikhtiar yang merupakan satu projek penyelidikan bertindak dilaksanakan oleh Pusat Penyelidikan Dasar, Universiti Sains Malaysia dari tahun 1986 hingga 1987 di Barat Laut Selangor. Penyelidikan bertindak ini yang diketuai oleh Profesor David S. Gibbons dan Profesor Sukor Kasim adalah untuk menguji Pendekatan ini menawarkan skim pembiayaan kredit mikro berpenyeliaan rapi kepada golongan miskin untuk mengusahakan sebarang kegiatan ekonomi berasaskan kemahiran yang dimiliki sebagai usaha menambahkan pendapatan keluarga.

Objektif AIM ialah :

·         Mengurangkan kemiskinan di kalangan isi rumah miskin dan berpendapatan rendah di Malaysia dengan menyediakan pembiayaan kredit mikro untuk membiayai kegiatan-kegiatan yang boleh menambah dan meningkatkan pendapatan.
·         Melahirkan usahawan daripada kalangan miskin dan berpendapatan rendah.
·         Menyediakan kemudahan kewangan, bimbingan dan latihan berterusan kepada usahawan-usahawan dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.

Senarai Skim Pembiayaan:
         Pembiayaan Modal
         Simpanan Wajib
        Tabung Kebajikan dan Kesejahteraan Sahabat
        Latihan Keusahawanan
        Latihan Kepimpinan

1.  Skim Pembiayaan Ikhtiar (SPI)

 

Pembiayaan
AIM menawarkan tujuh (7) Skim dengan had tertinggi jumlah pembiayaan dan tempoh-tempoh bayaran seperti jadual di bawah:
Skim Pembiayaan
Had Biaya (RM)
Tempoh Bayar Balik (Mingguan)
Ekonomi


i.                    i-Mesra

 

ii.
                  i-Srikandi

iii.
                i-Wibawa
1,000 - 2,000

3,000 – 10,000 (max)

12,000 – 20,000 (max)

5,000 (max)
12, 25, 35, 50

12, 25, 35, 50, 75, 100

12, 25, 35, 50, 75, 100, 125, 150

12, 25 minggu atau setiap bulan selama 6 bulan atau sekali gus.
Lain-lain


i.                    i-Sejahtera
1,000 – 2,000
3,000 – 10,000 (max)
12, 25, 35, 50
12, 25, 35, 50, 75, 100
ii.                  i-Bestari
1,000 – 2,000
3,000 – 5,000 (max)
12, 25, 35, 50
12, 25, 35, 50, 75, 100
iii.                i-Penyayang
1,000 – 2,000
3,000 – 5,000 (max)
12, 25, 35, 50
12, 25, 35, 50, 75, 100
iv.                 i-Emas
2,000 (max)
12, 25, 35, 50




2.  Simpanan

Simpanan Tetap
i.         
           i.        Sahabat wajib menyimpan dalam Simpanan Tetap mengikut jumlah pembiayaan ekonomi minimum RM1 hingga maksimum RM15.
          ii.        Bagi Sahabat yang tidak meminjam (rehat) jumlah Simpanan Tetap tertakluk kepada kadar simpanan terakhir. Simpanan Tetap ini menjadi simpanan dan tanggungan kepada Koperasi Sahabat AIM.
         iii.        Jika berlaku tunggakan bayaran balik selama empat (4) minggu berturut-turut, simpanan tetap akan dikontrakan kepada bayaran balik bagi menampung tunggakan yang berlaku.
         iv.        Semua jumlah Simpanan Tetap boleh dikontrakan kepada baki pembiayaan – tertakluk kepada Prosedur Simpanan Tetap.


Jadual Simpanan Tetap
Jumlah Pembiayaan (RM)
Simpanan Tetap (RM)
1,000
1
2,000
2
3,000
3
4,000
4
5,000
5
6,000
6
7,000
7
8,000
8
9,000
9
10,000
10
11,000
11
12,000
12
13,000
13
14,000
14
15,000
15
16,000
15
17,000
15
18,000
15
19,000
15
20,000
15
















                        






3. Tabung Kebajikan & Kesejahteraan Sahabat

Pengenalan

Tabung Kebajikan & Kesejahteraan Sahabat (TKKS) ditubuhkan pada Julai 2006 berdasarkan hasrat Sahabat-sahabat AIM melalui usul-usul dalam Mesyuarat Lembaga Perwakilan Sahabat. Penubuhan TKKS ini juga selari dengan tuntutan agama, nilai kemasyarakatan dan prinsip ikrar Sahabat AIM iaitu membantu ahli kumpulan dan pusat parabola mereka dalam kesesakan.

Objektif

• Meningkatkan semangat kerjasama di kalangan Sahabat;

• Mengurangkan beban Sahabat dan waris apabila menghadapi musibah;

• Mengurangkan masalah projek Sahabat yang tergendala akibat musibah;

• Meningkatkan tahap kebajikan Sahabat.
 






                                                                                                                      
4.  Latihan Keusahawanan

Pihak AIM sentiasa menyediakan pelbagai latihan untuk meningkatkan daya maju usahawan dan sahabat di bawah naungan AIM. Berikut adalah beberapa latihan yang telah dijayakan:

Program Bengkel Pembangunan Usahawan & Peningkatan Kendiri Bersama Noraini's Cookies

Ibupejabat :  Amanah Ikhtiar Malaysia
Menara Amanah Ikhtiar,
No 3 Jalan Cempaka SD 12/1A,
Bandar Sri Damansara PJU9 52200
Kuala Lumpur

Tel: 03 6274 8810
Faks : 03 6274 8809
1-300-888-246 (AIM)
ikhtiar@aim.gov.my


BUSINESS MODEL – Mc Donald

MODEL PERNIAGAAN

Latar Belakang

Mc donald’s pertama kali didirikan pada tahun 1937 oleh Richard & Maurice di Pasadena. Pertama kalinya restoran Mc donald’s masih memakai konsep Drive In, konsep ini terkenal pada saat itu. Mc donald’s memiliki logo yang berbentuk huruf M dan berwarna kuning. Logo ini dibuat agar lebih diingat oleh pengunjung dikarenakan simple dan mudah diingat. Logo ini bernama The Golden Arch. Banyakya kesulitan yang dihadapi saat memiliki konsep drive in maka pada tahun 1955, inilah tahun pertama Mc donald’s menggunakan konsep Fast Food.
Restoran ini menerapkan sistem waralaba dimana sudah memiliki perjanjian-perjanjian yang mendetail dan didistribusikan penjualannya secara langsung, jadi setiap toko memiliki produk yang dijual sama. Selain itu Mc donalds’s juga menerapkan prosedur operasi standar (Standart Observation Checklist) yang dimana semuanya makanan yang dijual harus memiliki standar yang sama. Mc donald’s juga membuka Hamburger University pada tahun 1961 digunakan untuk pelatihan orang yang akan menjadi waralaba Mc donald’s.
Mc donald’s di Indonesia pertama kali tahun 1991. Indonesia adalah negara yang ke 70 yang memakai waralaba Mc donald’s. Pemiliki Mc donald’s di Indonesia adalah H. Bambang N. Rahcmadi Msc MBA.  Pemiliki Mc donald’s mengikuti training selama 1 tahun dan restoran Mc donald’s pertama kali didirikan di Sarinah Jakarta. Perkembangan yang sangat cepat. Saat ini Mc donald’s memiliki 109 restoran di seluruh Indonesia.

VISI, MISI DAN TUJUAN PERUSAHAAN

Visi Perusahaan

Visi dari McDonald's baik McDonald's Internasional maupun McDonald's
Indonesia adalah to be the world’s best quick service restaurant experience (Menjadi
restoran cepat saji yang paling berpengalaman , paling cepat melayani dan terbaik di
seluruh dunia). McDonald's menjadi terbaik disebabkan :
a. Untuk McDonald's
Menjadi terbaik berarti menjadikan “The Golden Arches” dipercaya dan dihargai di
seluruh dunia.
b. Untuk Pelanggan
Menjadi terbaik berarti melayani pelanggan sesuai dengan QSC&V dan  pelanggan
dapat menikmati produk McDonald's yang memiliki keunikan tersendiri pada setiap
kunjungan mereka di seluruh McDonald's dan McDonald's dapat membuat pelanggan
tersenyum.
c. Untuk Komunitas Di Sekitar McDonald's
Menjadi terbaik berarti membuat mereka bangga atas keberadaan McDonald's di
lingkungan mereka karena McDonald's merupakan perusahaan yang memiliki tingkat sosial dan tanggung jawab yang tinggi. Dunia menjadi tempat yang lebih baik karena
keberadaan McDonald's.
d. Untuk Pemilik
Menjadi terbaik berarti memberikan peluang untuk mencapai kesuksesan dan
mengembangkan modal sebagai pemilik dari bisnis ini dan menjadi rekan kerja yang
memiliki kolaborasi kerjasama yang baik.
e. Untuk Karyawan
Menjadi terbaik berarti memberikan peluang, kompensasi kerja yang baik,
pengembangan dan pelatihan kerja, dan pekerjaan yang berarti bagi seluruh
karyawan.
f. Untuk Suppliers
Menjadi terbaik berarti investasi mereka akan berkembang menjadi bisnis yang
profitable bersama McDonald's dan akan menjadi patner terbaik dalam bisnis ini.
g. Untuk Pemegang Saham
Menjadi terbaik berarti berkembang dengan keuntungan yang paling baik dan paling
besar pada industri ini.
h. Untuk Alliance Partners
Menjadi terbaik berarti bahwa McDonald's bekerja sama dengan organisasi yang
bagus dan dikenal di dunia, seperti Coca Cola, Disney dan The Olympics dalam
rangka menjalin kerjasama, memperluas kerjasama, dan mempertahankan
kepemimpinan McDonald's.
2. Misi Perusahaan
Misi dari McDonald's baik McDonald's Internasional maupun McDonald's Indonesia
adalah “Memahami tentang misi kami dan bagaimana menjadikannya menjadi kenyataan
pada restoran McDonald's”.
3. Tujuan Perusahaan
Tujuan dari McDonald's baik McDonald's Internasional maupun McDonald's Indonesia
adalah :
a. Suatu sistem yang mampu menyediakan jasa makanan di dunia dengan lebih dari
50.000 restoran. b. Brand McDonald's menyentuh siapa saja, kapan saja, dan di mana saja saat kita
melakukan bisnis.
c. McDonald's sebagai tempat bekerja yang terbaik untuk setiap orang yang ada di
seluruh dunia.
d. Restoran dimana setiap pelanggan tersenyum dan merasa spesial.
e. Makanan yang paling baik di kelasnya dengan penyajian yang istimewa dan menu
makanan yang beragam.
f. Organisasi yang memiliki hubungan kerja yang baik dan kuat antara pemilik,
pemasok barang, dan perusahaan.
g. Brand yang sukses dan memberikan kontribusi pada pemilik, pemasok barang  dan
perusahaan

Struktur Organisasi


Rating Mc dibandingkan dengan fast food lainya


SKOP MARKET
- Merupakan restoran fraincais terbesar
- Skop market terdiri dari

STRATEGI PASARAN

Objektif Strategik Pemasaran

1. "Get them in. Trade them up.Get them back" merupakan kunci kepada stategik permasaran McD's.
2. Get Them In -  untuk memanggil pelanggan memasuki McDonald
3. Trade Them Up - menyediakan shift untuk pelanggan untuk menikmati pelbagai produk seperti Burger with Cheese, McChicken Burger, Fillet-o-Fish dan lain-lain
4. Get Them Back - untuk meningkatkan kekerapan pelanggan datang ke restoran McD

Sasaran Pasaran dan Kedudukan

1. Kedudukan McDonald's dikenali sebagai restoran keluarga.
2. Ia juga menjaga kebajikan kanak-kanak (children-friendly)
3. McDonald target adalah kanak-kanak dan orang dewasa.
4. Strategik McDonald difokuskan untuk menjadikan "eating-out function" 
5.Fokus utama mereka adalah Services,hygiene, products dan sebagainya.




STRATEGIK PASARAN



Berdasarkan fakta, McDonald memiliki proses komunikasi yang kurang efektif terhadap para customernya. Dalam hal memesan, pelayan McDonald menggunakan komunikasi secara tradisional dalam mencatat pesanan dari customer sehingga untuk sampai k chef para pelayan McDonald harus berteriak-teriak agar pesanan McDonald benar dan bisa sampai ke customer dengan cepat. Lalu, pada saat dalam kondisi ramai, manager kurang bisa menghandle situasi sehingga ia harus menggunakan tenaganya untuk menolong pelanyannya agar pesanan berjalan dengan lancar.  Yang kedua komunikasi organisasi yang kurang efektif yang terjadi antara atasan dan bawahan. Yang ketiga seringkali customer merasa kurang puas akibat pelayanan McDonald yang lama padahal mereka adalah salah satu restoran makanan cepat saji.

1. Dari Segi Costumer
    Yang pertama adalah membercard super machine. Alat yang digunakan untuk membuat kartu member dari restoran cepat saji ini. Keistimewaannya: Kartu ini terdapat uang yang setiap saat dapat direload, dapat mengumpulkan poin setiap kali customer makan yang akan ditukarkan dengan hadiah menarik dari McDonald, serta di dalam kartu tersebut anda juga akan mengetahui promo apa saja yang terdapat di dalam McDonald. Kad ini juga dapat digunakan pada saat customer menggunakan layanan  drivethru serta delivery order. Yang kedua adalah adalah menu machine, jadi customer langsung memilih sendiri menu cepat saji yang ingin di-order sehingga menu machine tersebut akan langsung ke dalam chef computing.

2. Dari Segi Organisasi
        Dalam menentukan jadwal rapat di dalam McDonald, atasan dan bawahan menggunakan i-cloud for google. Sehingga mereka harus menggunakan akun google plus sehingga mereka bisa menggunakan kalender untuk menulis semua jadwal mereka dan bisa memilih jadwal kosong sesuai dengan kekosongan mereka masing-masing sehingga mereka memiliki satu jaringan di dalam in cloud for google tersebut. Di samping itu, mereka dapat rapat tanpa harus datang ke lokasi sehingga dalam menyusun presentasi bisa berjalan dengan cepat dan efisien. Yang kedua mereka menggunakan intranet dalam melayani delivery order sehingga customer tidak terlalu lama dalam menunggu makanan yang sudah diorder di McDonald. untuk route delivery order akan dijelaskan pada post selanjutnya.

3. Dari segi publisiti
    Untuk memudahkan costumer dalam mengetahui promo terbaru dari McDonald dan info mengenai McDonald, customer bisa membuka nya melalui jejaring sosial serta blog yang sudah disediakan, yaitu melalui facebook, twitter, dan google plus serta blogger.



 
DIAPERS CARE SDN BHD © 2015 | Designed by Bubble Shooter